Tuesday, September 12, 2017

Tawaran Travel NORWAY



Aku dah lama tak post kat blog.. macam-macam alasan lah.  Post Japan pun tak settle-settle lagi.  Insyaallah ada rezeki aku sambung

Ok.. aku nak mewar-warkan satu project terbaru aku.  Aku dah bersedia nak kembali ke Norway.  Perancangan sudah lama tapi perlaksaaannya memerlukan persiapan rapi. Aku ingin menjemput sesiapa yang sudi untuk join trip aku.  Insyaalalh jika cukup peserta aku akan buat 2 atau lebih trips ke Norway untuk 2018.  

So bagi yang berminat untuk sama-sama meredah Norway boleh contact aku untuk detail - 019 3114230 (fastest respond) atau email tummybird13@gmail.com (kena bersabar sikit sebab aku selalu lupa nak check email)


Ground Package 1


Ground Package 2

Trip ke beberapa negara Europe lain dalam perancangan, Insyaallah kalau ada rezeki lebih akan di laksanakan.  Jika ada antara korang berminat nak aku caterkan trip ke mana-mana negara, sila jugak contact aku. Ada kemungkinan aku akan buat trip 9H8N ke Swiss & Paris December ni.




 

Tuesday, May 23, 2017

Japan Summer 2016 - Tokyo City Part 3



4.  Sinjuku Gyoen Garden

Sinjuku Gyoen park yang paling popular di Tokyo.  Kenapa dia popular? Sebabnya dia cantik. Cubaan pertama ke Sinjuku Gyoen gagal sebab sesampainya kitaorang kat gate, rupanya dia tutup hari tu.  So lesson learned hari tu, park di Tokyo ni macam office.  Ada harinya tutup.  Kes Sinjuku Gyoen ni, dia ditutup pada setiap isnin.  Sebagai ganti, kitaorang piknik di public playground yang berdekatan.  Playground pun jadilah asalkan boleh makan.


Aku amat berterimakasih pada ketutupan Shinjuku Gyoen hari tu.  
Kalau tak kerana kes tutup maka tak ada lah aku terjumpa budak 
hensem ni.  Kelu lidah aku bila mata bertentang mata.

 

Untuk ke Shijuku Gyoen, ada beberapa cara
1.  Guna Oedo Line ke Shinjuku Gyoemmae Station dan dari situ kena berjalan dalam 5 minit ke arah Shinjuku Gate (keluar station, lintas jalan & masuk lorong setentang station kemudian belok  kiri)
2.  Guna Oedo Line ke Shinjuku Gyoemmae Station dan dari situ kena berjalan dalam 5 minit ke arah Okido Gate 
3. Chuo/Sobu Line ke JR Sendagaya Staton dan dari situ kena berjalan dalam 5 minit ke arah Sendagaya Gate 





So, cubaan kedua pun di buat selepas 2 hari cubaan pertama  gagal.  Tarra.. dapat masuk dengan bayaran 200 Yen sorang.  Patutlah diaorang ada gate sebab macam-macam benda ada kat dalam park ni.  Pertama sekali kami tuju Greenhouse.  Walaupun kecik tapi cantik dan tersusun.  Kebanyakan tumbuhan yang ada dalam Greenhouse pokok paku pakis tropika dan segala jenis teratai.  Semua di buat dan di olah dengan cukup sempurna.  Saiz dia memang kecik (maybe sebesar saiz rumah banglo 2 tingkat) tapi sangat kemas


Antara hidangan kat dalam Greenhouse

Keluar dari Greenhouse cepat-cepat kitaorang cari port untuk piknik.  Boleh je piknik merata tapi mesti nak cari tempat yang paling gah di mata.  Jumpa tempat yang gah, kitaorang bentang tikar dan makan. 

 Port piknik gorgeous kitaorang


Kalau dibandingkan dengan Yoyogi park, Shinjuku Gyoen lebih cantik pada mata aku.  



English Garden & French Garden.  Aku tak tahu yang mana satu English yang 
mana satu French.  Jemu dengan pemandangan macam ni? Aku tak jemu.  
Tips:  Cherry Blossom kat sini super awesome kata orang

Mungkin ini French Garden.  Aku main teka aje

 
Bagaimana orang-orang tempatan mengisi masa

Kalau korang google image Shinjuku Gyoen, mesti korang perasan ramai orang 
ambik gambar deretan pokok ni terutama masa musim autumn.  Aku kononnya nak 
trylah tiru.. hapah pun tak lawa.  Adakah musim yang salah atau skill aku.. kaka. 


Sebenarnya aku tak jalan rata hari tu.  Kami nak kejar masa tapi 2 jam yang kitaorang spend kat Shinjuku Gyoen adalah one of the best time di Tokyo.   Dalam perjalanan keluar dari park, kitaorang  singgah di Japanese Landscape Garden.  Walaupun tak seluas Garden yang lain tapi well planned.  Small pond, small jambatan.. sangat best mata memandang


Japanese Landscape Garden

Kitorang melangkah keluar dari Shinjuku Gyoen Gate dengan perasaan puas. Berbaloi walaupun kena 2 kali terjah.  A well spent day. Bagi yang akan ke Tokyo dan minat pokok, aku syorkan korang visit Shinjuku Gyoen walaupun sekejap. Aku hope di satu autumn aku akan berpeluang melawat tempat ni lagi.




5.  Tokyo City Hall Observation Floor

Aku jumpa tempat ni melalui japan-guide. Bila selidik kat tripadvisor, review macam best je.  Why not cuba, sementelah lagi dianya free.  Kadang-kadang Tokyo City Hall Observation Tower ni jugak di kenali Tokyo Metropolitan Goverment Building yang mana dia terletak di kawasan building-building pejabat kerajaan.  

Untuk ke City Hall building  korang boleh ambik Oedo Line ke Tocho-mae Station yang mana station ni betul-betul di bawah building dia. (kata japan-guide).   Tapi itu yang aku tak tahu itu hari. Kaka.  Maka, kitaorang berjalan kurang lebih 1km jugaklah dari Shinjuku Station.  Hala pergi ok lah lagi tapi hala balik ke Shinjuku, kitaorang dah sedikit pancit dan siap berhenti kat satu small park dan masing-masing tertidur sekitar 15 minit.

Sampai kat Tokyo City Hall Building ni, kitaorang mulanya meraba sikit tapi sebenarnya taklah susah mana nak cari kalau mata tak berpinar-pinar hari tu.  Ada je signboard tapi kitaorag yang tak nampak.


Tokyo Metropolitan Goverment Building

Bangunan-bangunan sekitar


Dari observation floor.  Kawasan hijau tu adalah Meiji Shrine 
yang aku ada cerita dalam beberapa post lepas


Observation floor.  Kalau nak minum-minum pun boleh.  Ada jugak kedai 
souvenier kalau nak beli apa-apa.

Dua ketul orang; kami


Ok.. panjang dah ni.  Sambung lagi next time. Terima kasih kerana menjenguk blog aku yang dah nak berkulat. 







Tuesday, March 28, 2017

Japan Summer 2016 - Tokyo City Part 2


Aku dah ambik masa berzaman-zaman nak setelkan cerita Japan Trip. Sangat tak elok perangai.  Penyakit tak cukup tangan lately

Meh kita sambung cerita  beberapa bulan lepas.. tempat-tempat yang aku sempat explore di Japan tempohari. Kali ni aku cuma akan cover 1 tempat punya cerita.  Ceritanya sikit aje cuma aku ada banyak gambar.  Ini kiranya antara tempat favourite aku.



3. Tsukiji Fish Market

Siapa dia Tsukiji Fish Market?  Menurut wikipedia

Tsukiji is  the biggest wholesale fish and seafood market in the world and also one of the largest wholesale food markets of any kind.  The market is located in Tsukiji in central Tokyo, between the Sumida River and the upmarket Ginza shopping district. While the inner wholesale market has restricted access to visitors, the outer retail market, restaurants and associated restaurant supply stores remain a major tourist attraction for both domestic and overseas visitors.  

The market opens most mornings (except Sundays, holidays and some Wednesdays) at 3:00 a.m. with the arrival of the products by ship, truck and plane from all over the world. Particularly impressive is the unloading of tons of frozen tuna. The auction houses (wholesalers known in Japanese as oroshi gyōsha) then estimate the value and prepare the incoming products for the auctions. The buyers (licensed to participate in the auctions) also inspect the fish to discern which fish they would like to bid for and at what price.

The auctions start around 5:20 a.m. Bids can only be made by licensed participants. These bidders include intermediate wholesalers (nakaoroshi gyōsha) who operate stalls in the marketplace and other licensed buyers who are agents for restaurants, food processing companies, and large retailers.

Maka persoalannya, adakah aku mampu ke Tsukiji seawal 5 a.m untuk saksikan fish auction?  Non-ado. Niat asalnya memang lah gitu tapi bila terjaga dari tidur tengok jam dah pukul 6 am. Berlari mandi dan aku cuma dapat keluar rumah sekitar pukul 7 am.  Aku sebenarnya pergi ke Tsukiji sorang-sorang.  Aku tinggalkan mereka berdua dirumah supaya pergerakan dapat laju sikit.  

Cara nak ke Tsukiji market macam di bawah:

1) Guna Hanzamon Subway Line yang datang dari Aoyamaicchome Station, tukar ke Eodo Line ke Tsukijishijo Station.  Dari situ kena berjalan dalam 500m ke Tsukiji Market.  Tiket berharga 430 yen.

2) Guna Hibiya Subway Line ke Tsukiji Station. Ini station yang paling dekat dan basically station ni letaknya cuma di bawah pasar.  

3)  Kalau dengan JR line, stop di Shimbashi station dan dari situ kena berjalan sekitar 15 minute

4) Jika dari Tokyo station, guna Marunouchi Subway Line ke Ginza Station dan transfer ke Hibiya Subway Line ke Tsukiji Station

5)  Dari Shinjuku Station, boleh guna Oedo Line ke  Tsukijishijo Station



Aku hari tu Tok Tek Tok Tek pukul 8 lebih am baru sampai Tsukiji.   Sebab dah missed auction event, aku pun berlegar-legar dulu di normal market yang bersebelahan dengan Tsukiji. Aku memang enjoy berjalan bebas ke sana sini.  2,3 kali aku keliling tempat sama sementara nak tunggu pasar ikan buka kepada orang awam. 

Sushi di Tsukiji market adalah antara yang terkenal di Tokyo.  Untuk pengemar tegar sushi macam tak lengkap sebenarnya kalau ke Tokyo tapi tak makan Sushi di area sini.  Ada banyak kedai yang terkenal dalam kawasan pasar dan sesetengah kedai orang beratur panjang untuk tunggu giliran. 


 Peniaga product seafood.  Kemas dan presentable. Siap pakai tie.



Yang dijual.  Semua tersusun kemas.

Local delicacies.  Ada yang aku cuba.  

Peniaga pankek telur. 

Korang ingat tak hari tu ada orang kecoh pasal berus sabut 
made in Japan di Isetan mahal.  Kat sini pun mahal juga.

Akhirnya aku jumpa Edamame yang asal.  Sekali dengan tangkai.  
Rasa macam nak beli untuk masak malam tu tapi malas nak heret sana sini.

Antara kedai-kedaisushi.  Rupanya depa ni makan sushi dari pagi sampai malam 


Pukul 9 a.m aku pun bergerak ke arah Tsukiji Fish Market.  Di ingatkan, pasar ikan pasti akan lecak sikit so bagi yang travel dengan kasut tumit tinggi maybe korang boleh beli kasut pua chu kang kat luar sebelum masuk.  

Kasut pua chu kang. 
 Puas hati.  Antara hajat aku di Tokyo adalah datang ke Tsukiji Fish Market.  


Disinilah lah sumber shashimi kita semua.  Bongkah-bongkah tuna untuk kegunaan worldwide





Susunan kotak yang diaorang guna untuk isi ikan yang akan di bawa 
ke merata dunia. Freezer lorries dah bersusun menunngu di luar pasar


Dalam pukul 11 a.m aku meninggalkan Tsukiji market dan ambik subway dari Tsukiji Station. 


 Kenderaan pasar yang popular.  Peace sign menghantar aku balik


 Tak banyak station yang ada mural.. tapi tsukiji ada

Untuk yang nak ke Tsukiji ada beberapa benda yang boleh ambik note
1.  Pasar di tutup  pada Ahad
2.  Untuk tengok fish auction, kena pergi seawal jam 5 a.m tapi itu bukanlah tiket untuk dapat pass masuk.  Tak silap aku cuma 120 pass di edar setiap hari.  Siapa cepat dia dapat
3.  Di larang menganggu proses auction
4. Pasar ikan biasa cuma dibuka di sebelah pagi.  Jadi, elakkan datang petang
5.  Tak payah pakai lawa-lawa sebab ini hanyalah pasar.


Pengalaman di Tsukiji adalah pengalaman yang aku sangat treasure.  Memang seronok dan bermakna untuk aku.

Bersambung...