Friday, September 5, 2014

Adelaide 2013 - Boxing day di Adelaide

Kalau nak baca entry hari sebelumnya, klik sini


HARI KE 10 (26.12.2013)

Plan asal sepatutnya ke Adelaide Hills tapi since kitaorang dah cover Adelaide Hill beberapa hari lepas, Encik D ajak aku menikmati Boxing day di city.  Aku ikut ajelah.  Hari ni masih public holiday di Australia.  Nak pergi ke Botanic Garden pun tak boleh sebab dia tutup di hari cuti.  Itu satu-satu aim aku yang tak kesampaian yang aku sedikit terkilan.

Aku belum pernah merasa Boxing day.  Aku pun bukan kaki shopping.  Jadi tak tahu nak expect apa.  Lepas breakfast kak hotel kitaorang jalan keluar pergi Rundle street.   First time sejak aku kat Adelaide aku nampak orangyang seramai ni. Macam kalau kita pergi Indonesia.  Kat celah mana-mana pun ramai orang. 

Aku tengok harga barang tak adalah murah gila-gila tapi orang sini shopping bagai nak rak.  Kedai-kedai elektronik ada beratus-ratus orang beratur.  Aku ada lah try menyibuk masuk satu kedai,  capai beberapa helai baju untuk baby SJ.  Bila nak bayar tengok orang beratur dekat 100 orang.  Terus tak jadi beli.  Kesabaran aku memang kurang bab-bab shopping. 


 Nampak tak ada ramai lelaki yang nampak macam lost.  
Tu semua kes kena tinggal wife yang masuk kedai shopping :)

Kes aku terbalik, aku yang lost.  Kemudiannya aku ajak encik D balik hotel lepas lunch then dia keluar balik sorang-sorang sementara aku tidurkan baby SJ. Petang kitaorang keluar jalan-jalan sementara aku cari subjek kegemaran terbaru aku - street arts.  


Cantikkan street arts dia.

Puas hati.  Simple day.  Preparation untuk perjalanan esok.

No comments:

Post a Comment