Wednesday, September 3, 2014

Adelaide 2013 - Krismas di Adelaide

Untuk baca post yang sebelumnya, klik sini




HARI KE SEMBILAN (25.12.2013)

Kalau ikut plan asal hari ni kitaorang sepatutnya drive dalam 200km pergi ke Port Harbor.  Tapi Encik D nak kanselkan trip atas beberapa reason.  Satu, krismas bimbang semua kedai tutup termasuk petrol pump di tempat-tempat terpencil.  Dua, sebab hari ni kitaoarang akan pindah ke Ambassador Hotel so kena pack barang bagai.  Tiga sebab Encik D sebenarnya risau dia penat untuk drive 200km sebab kitaorang sepatutnya balik hari.  Aku license tu valid cuma lesen aku lesen lama (tak ada traslantion kat lesen, risau kalau kena tahan polis tak percaya itu lesen).  Aku cuba cari hotel murah sebelum pergi tapi yang ada semuanya mahal-mahal.  Di luar kemampuan.

Makanya hari ni kitaorang rilek aje.  Lepas check in di hotel, kitaorang biar baby SJ tidur sebelum keluar jalan-jalan sekitar bandar sebelah petangnya. Bandar selenggang lenggangnya.  Sama macam KL di hari raya.   Tak ada kedai yang bukak kecuali convenience store.  Untuk makan, nasib baik  aku masak sebelum check out dr accomodation di North Adelaide sebab bimbang tak ada restoran buka.  Kalau tak, makan megi cawanlah aku.

Redah punya redah terjumpa ini, Restoran Penang.  Milik Malaysian.


Terjumpa ini jugak. Minat baru aku.  Aku sedang mengumpul 
koleksi street arts.  Nanti satu hari aku akan compile

Since semua kedai tutup, kitaorang pun decide nak balik dan berehat. 


No comments:

Post a Comment