Sunday, September 7, 2014

Adelaide 2013 - Last day di Adelaide



Kalu nak baca entry hari sebelum ni,  klik sini



HARI KE 14 (30.12.2013)

Hari ni konsider hari yang terakhir aku di Adelaide.  Esok pagi-pagi kitaorang akan bertolak balik ke KL.  Kitaorang cuma plan untuk free and easy hari ni, cuma Encik D ajak aku balik ke Vaele Garden lagi sekali sebab semalam tak puas.  So kitaorang ambik tram lagi sekali ke sana.  Berlegar-legar sejam dua.

xde banyak gambar hari ni.  More kepada family 
photos sebab susah nak ambik gambar bertiga ni.

Kitaorang kemudiannya pergi Central Market sekali lagi.  Kali ni untuk beli souveniers.  Aku memang fail bab-bab beli souvenier ni.  Cerita souvenier cerita sampai bila pun tak habis so aku ambik masa dalam sejam untuk pilih itu ini & bayar.  Harap-harap orang yang terima souvenier aku sukalah.  Kitaorang spend dalam AUD100 untuk souvenier.  

Teringat yang aku belum sampai ke Botanic Garden tapi tah kenapa aku tak pergi jugak, padahal bukan ada banyak benda nak buat pun.  Encik D ajak aku pergi ke Rundle street.  Beli sehelai dua baju untuk baby SJ dan adik-adik ipar.  Done. 

Lepas tu betul-betul free and easy.  Jalan sana sini xde arah tujuan sambil aku mencari lagi subjek favorite aku.  Alhamdulliah aku jumpa (sebenarnya ni bukan kali pertama aku nampak dia cuma selalunya orang ramai berdiri dekat dengan dia).  

Taadaa.. ni lah buah hati baru aku.  Cantik kan street art ni.  
Cakaplah cantik.  Lama aku tenung lukisan dinding ni tau.

Lewat petang kitaorang bawak baby SJ naik tram buat kali terakhir.  Kitaorang naik ke arah Adelaide Entertainment centre & stop kat last station iaitu Entertainment centre tu sendiri.  Anak aku ni memang kemaruk naik train ke mana-mana kitaorang travel.  Sampai ke tahap menangis bila nak turun.  Kat KL pun sama, bila bawak naik LRT nak turun mesti nangis.  Sampai sekarang lah.

 Sunset di Adelaide Entertainment centre



Last ride

Baby SJ menamatkan percutian dengan senyuman yang panjang lebar sebab berjaya naik tram berpuluh-puluh kali. 


HARI KE 15 (31.12.2013) 

Kami bertolak balik flight pagi.  So awal-awal pagi pekerja penyewa kereta dah datang ambik kitaorang & hantar pergi Airport.  Check-in dengan AirAsia berjalan lancar.  Selepas check in kitaorang cari tempat untuk breakfast.  Dan aku dah bajet kalau setakat breakfast setengah jam ok je tapi tak sangka pulak kita orang tersalah tuju ke pintu masuk.  Kita orang tuju to another end of gate tapi rupanya sebelah satu lagi.  Rupanya-rupanya orang yang sedang beratur cukup ramai.  Jangan ingat nak masuk Australia je susah.  Nak keluarpun sama susah jugak.  NAsib baik sempat masuk gate.

Flight balik ke KL lancar & cuma ada sikit2 turbulence lepas few hours berlepas.  Panik jugak tapi tak lama pun, dalam 10-20 minit je.  The rest lancar.  Kami selamat sampai ke KL pukul 4.30 petang.



Overall, aku love the trip.  Konsep redah jaya kitaorang berjalan lancar.   Adelaide is lovely and maybe satu hari kitaorang akan kembali to explore yang masih belum berjaya di explore.  Problem kecik2 biasalah.. hadapi dengan senyuman & we should expect the unexpected.   Sejujurnya aku masih miss Adelaide. Rindu pada 'retirement city'.  Rindu pada langit yang cerah tanpa awan & rindu pada udara yang segar. 

2 comments:

  1. Huwaaa aku jarang giler baca Msian nye stories gi Adelaide. Actually ada planning nak gi sana, ada kawan tengah buat pHD so bolehlah menumpang kasih kat rumah dia. Xpenah tau banyak gak tempat best kat Ade ni. Haha kes malas google sebab suka Melbourne kononnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie,

      Aku lebih suka Adelaide dari Melbourne & Perth. Aku perasan Adelaide kurang famous tapi aku jatuh hati dengan Adelaide

      Delete