Wednesday, September 24, 2014

Jogja 2009 - Dari Jogjakarta berkelana ke Magelan




Trip Ke Jogja bukanlah trip yang di rancang berbulan-bulan.  Seperti banyak-banyak kali yang lainnya, aku pilih Jogja sebab tiket flight yang murah.  Was with Encik D.

Trip dari KL sebenarnya bermula dengan flight ke Bali.  Kitaorang stay di Bali selama 4 hari dan kemudiannya kitaorang naik flight Merpati Air ke Jogja.   Aku serahkan pada CK untuk ceritakan hal Bali sebab CK ada pengalaman lebih menarik berbanding aku.

Tujuan utama aku ke Jogja lebih kepada nak pergi ke Borobudur.  Dah lama aku teringin nak melawat tapak UNESCO ini.  Sikit ringkasan mengenai Borobudur.  Borobudur adalah buddist temple yang di bina di kurun ke 9.  Agaknya masa tu pengaruh Buddist tinggi di Jogja.  Sekarang pengaruh terbesar di Jogja adalah Hindu. Cerita detail korang boleh wikipedia Borobudur

Aku sewa kereta bersama driver.  Ada kawan yang rekemenkan driver ini.  Bila kitaorang sampai di Airport Jogja, driver dah tunggu dan dia terus  bawak kitaorang meronda-ronda sekitar bandar Jogja sekejap sebelum bergerak ke Borobudur.  Since kitaorang sampai awal pagi jadi kami ada banyak masa sebelum bertolak pergi ke Borobudur yang ambik masa lebih kurang 2 jam perjalanan.

Aku nak mintak maaf sebab aku betul-betul dah lupa harga kereta sewa.  Khidmat yang aku terima adalah full day di hari pertama dan half day di hari kedua dan airport transfer di hari ke tiga. 

Tanpa berlengah kami di bawa ke  tapak candi pertama.  Aku sebenarnya dah terlebih sajian temple kerana di Bali aku dah melawat antara 15-20 temple.  Sedikit hilang keterujaan di Jogja sebab temple di Jogja kurang ber'warna' berbanding di Bali dan cuaca sangat panas. Tahap kepanasan Jogja jauh bezanya dari Bali.  Di tambah lagi aku sebenarnya demam & sakit tekak yang teruk.  Aku ikutkan jugak lah iternary yang di susun driver kitaorang.  Bukan senang nak datang balik ye dak.  Lagipun aku memang minat sejarah, just keadaan je yang kurang mengizinkan untuk aku enjoy betu-betul macam masa kat Bali.

Candi pertama yang kitaorang singgah adalah Candi Sambisari.  Cerita Sambisari lebih kurang gini.  Candi ni adalah candi Hindu yang tenggelam di dalam tanah dan dia cuma di jumpai by accident oleh petani yang dalam proses bercucuk tanam.  Kejadian ni dalam 50 tahun lepas.  Cerita lanjut dari wikipedia klik  Sambisari.  Aku suka juga candi ni sebab terjaga baik.  Entrace fee cuma sikit aje.  Aku dah lupa jumlah dia tapi kurang dari RM 5 kita untuk 1 kereta (lebih kepada sedekah lah).


Sekitar kawasan temple, masih gagah walaupun dah beribu tahun duduk dalam tanah.
   Ukiran.  Telitikan ukiran dia.

Kedua kitaorang di bawa ke candi Ratuboko.  Kata wikipedia, Ratuboko ini adalah bekas tapak istana.  Logiklah sebab kawasan ni besar gila.  Masa kitaorang pergi lenggang tempat tu.  Cuma ada beberapa orang mat salih dan kitaorang.  Aku rasa the only place yang tak ada orang di Indonesia ni mungkinlah candi. Nyaman.  Nak ambik gambar pun tak terganggu.






Candi Ratuboko dan sekitarnya


Kemudiannya driver bawak kami ke Kraton Palace.  Kitaorang sampai dalam pukul 11.  Kraton ni adalah istana tradiotional raja zaman dulu.  Apa yang aku faham sultan yang terakhir yang memerintah wilayah Jogja baru recently habisnya.  Sultan kat sini bukanlah orang berdarah raja semata tapi yang akhir-akhirnya rata-ratanya gabenor Jogja adalah memerangkap juga Sultan.  Mungkin fakta aku tak betul

Kat sini ada show wayang kulit agak kerap.  Aku rasa setiap setengah jam sekali.  Macam Bali topeng-topeng untuk wayang kulit ni muka dia ganas-ganas.  Berbeza dengan yang ada kat tempat kita yang aku duk tengok masa aku kecik.  Masa tu kat tempat aku ada setiap tahun ada pesta pantai dan dapatlah aku merasa kenal permainanan dan pertunjukan tradisional.  Aku kan budak kampung. Semuanya aku dapat rasa dan buat masa aku kecik



Patung-patung wayang kulit.  Gila ganas watak-watak 
dia.  Jalan cerita pun agak ganas jugak sikit.


Pertunjukan sedang on.  Best jugak.  Aku tengok mat salih macam kagum gila.

Driver kemudiannya bawak kami ke istana yang lagi satu.  Tak jauh dari main palace & tak silap ada org claim yang sebenarnya ada tunnel untk sambungkan kedua-dua istana ni.  Istana kedua ni lebih kepada kediaman dan tempat raja berhibur dengan ahli keluarga dia orang.  Cantik tempat ni.  Istana pertama tadi lebih kepada kediaman rasmi dan ofis.

Ni tapak kolam istana.  Sebelah kanan tu pintu gerbang ke arah ruang utama istana.
 

Tengoklah corak pintu gerbang.  Aku tak faham-faham kenapa ukiran mesti muka garang.


Selepas spend lebih kurang 2 jam di kedua-dua Kraton Palace, perut kitaorang pun dah lapar.  Kitaorang mintak driver bawak kitaorang makan.  Since duit kitaorang dah tinggal sikit, Encik D mintak driver untuk bawak kitaorang makan ke gerai aje.  Masam muka driver sambil bawak kitaorang sebab dia dah plan nak bawak kitaorang ke kedai yang mahal sebenarnya (nota:  makan driver atas kami, tak macam di Bali yang mana driver sangat professional).  So korang kalau ke Jogja jangan terperangkap ok kecuali kalau fund tengah banyak, eloklah bersedekah. Makan kat gerai murah pun ok jugak.  Makanan kat sini adalah makanan padang. Satu tips penting, makan kat sini hati-hati sikit sebab majoriti penduduknya adalah hindu dan memang tak boleh nak bezakan langsung antara islam atau hindu.  Pendekatan terbaik adalah korang bagitau driver atau tanya kedai.

Selepas makan, driver  mula drive tuju ke Borobudur.  Aku masa tu bersyukur sangat dapat naik kereta dan dapat tidur sekejap walaupun kereta yang sepatutnya ada aircond rupanya tak ada AC.  Banyak ngelatnya driver aku ni.  Ni belum janji nak bawak jalan-jalan ke satu dua lagi tempat tapi cut short aje.  Nasib baik badan aku tengah seram sejuk, jadi aku taklah cerewet sangat.   Dapatlah lelap sekejap dalam berpeluh-peluh.  Jalan  pun bukanlah rata tapi ok lah.  Normal problem kalau travel.

Sampai di Magelan (daerah terletaknya Borobudur), kitaorang check in Hotel Manohara. Ada beberapa lagi hotel berhampiran Borobudur tapi Manohara adalah satu-satunya hotel di dalam pagar kawasan Borobudur.  Walaupun rate dia tinggi sikit je dari satu dua hotel (sekitar RM 240 kalu tak silap) yang dekat-dekat tapi kitaorang sebenarnya jimat banyak sebab kitaorang tak payah bayar entrance fee ke Borobudur.  Entrace fee pada 2009 adalah IDR70,000.  Dua orang IDR 140,000.  Kalau naik dua kali macam kitaorang dah IDR 280,000 (RM 100).  

Terbaru (2014), entrance fee ialah USD20.  So kalu dua kali naik dah USD 40.  2 orang dah USD 80 (RM 240).  Aku strongly suggest korang naik 2 kali sebab kecantikanyna beza antara petang dan pagi.  Satu untuk sunset and satu lagi untuk tengok sunrise.  




Manohara

Selepas berehat sekejap, kitaorang tak berlengah lagi terus panjat Borobudur untuk tengok sunset.  Hotel Manohara dengan Borobudur cuma dua ratus meter agak aku.  Aku boleh nampak Borobudur dengan jelas dari bilik.  

Ada banyak jugak hotel2 kecik kat area ni (lebih sesuai di panggil challet). Antaranya korang boleh google Omah Rling Hotel, Omah Garengpoeng Guesthouse, Cempaka Borobudur Guesthouse & Graharu Butique Hotel.  Harga sekitar RM100 satu malam.  
On the way nak panjat Borobudur

 Ukiran di kaki candi.  Bayangkan semua ni ukiran tangan.  

Berpeluh jugak aku nak sampai kat atas.  Nasib baik hari dah semakin sejuk.  Nasib baik jugak demam aku dah nak kebah time ni.  Mahu pengsan kalau belum ataupun kalau tengahari buta.  Bila sampai atas, orang sudah ramai.  Masing-masing ready untuk tengok sunset.  Sekitar sini pemandangannya cantik, penuh dengan gunung ganang. kitaorang pusing2 di bahagian atas candi.  Sangat besar & luas candi ni.
Puncak Borobudur (sebelum sunset)
 


Menghampiri sunset
 


Finally,  the sun was set.  Allah maha besar.  Sangat cantik.

Semua orang terdiam sekejap bila matahari jatuh.  Masing-masing leka menikmati keindahan bumi Allah.  Sunset dalam pukul 6 petang. Tak lama lepas tu kami turun sama orang ramai.  Tak ada lampu kat atas sini so kenalah turun sebelum betul-betul gelap. 

Malamnya kitaorang pinjam basikal hotel dan keluar cari makanan kat luar. Tak susah pun sebab hotel ni dalam kawasan kampung.  Lepas makan kami ronda-ronda kampung tu kejap sebelum balik tidur.  Lena aku malam tu sebab malam sebelumnya aku cuma tidur-tidur ayam sebab flight kitaorang pukul 6 pagi dari Bali dan kitaorang kena keluar dalam pukul 4 dari hotel.


**bersambung

No comments:

Post a Comment