Sunday, September 7, 2014

Panduan memilih musim bagi negara bermusim untuk travel


Plan untuk travel ke negara bermusim?  Musim mana yang terbaik?

Preference untuk travel di waktu mana di negara yang bermusim sebenarnya subjective .  Setiap orang mesti ada kesukaan sendiri.  Bagi aku yang penting kita tepuk dada tanya selera.

Bagi aku pemilihan musim jugak bergantung pada negara mana yang kita nak pegi.  Contohnya, Summer di Norway tak sama dengan Summer di Autralia.  Ada tempat summernya berselang-seli dengan windy, ada tempat summernya panas terik macam duduk kat oven.  Sama jugak winter, ada tempat yang winter dia setakat sejuk biasa-biasa (walaupun dengan snow) tapi ada tempat sejuk dia melampau-lampau sampaikan minyak kereta beku.  So sebagai orang Malaysia aku rasa penting juga kita tahu semua tu.  Takut nanti apapun tak jadi, duduk kat hotel aje. 

Sorang kawan aku yang pernah tinggal di Amsterdam 6 bulan, ok dengan winter & snow semasa di Amsterdam.  Tapi bila dia pergi ke Norway semasa winter, kawan aku ni otomatik jadi grumpy dan tak nak keluar dari hotel langsung. 

Satu lagi contoh, ada sorang kawan aku yang lain yang setiap tahun akan travel sama family ke Switzerland untuk ski (ye.. betul, sama macam korang aku memang tertanya-tanya macamana dia mampu buat gitu).  Kawan aku ni mintak nasihat aku nak travel ke Norway semasa winter.  Aku pun nasihat supaya dia ubah route sebab winter kat Norway agak extreme.  Si kawan aku ni kata tak apa dia dah biasa dengan winter.  So aku pun tak berani lah nak bantah lagi.  Lagipun duit yang dia nak spend duit dia bukan duit aku.  A week trip cuma bertahan 3 hari, kawan aku tak tahan dan cabut lari pergi Scotland (ye, sama macam korang jugak, aku tertanya-tanya macamana dia mampu untuk beli tiket baru macam tu aje sedangkan dia ni family of 6)

Apapun, aku rasa research penting sebelum korang book tiket flight.  selebihnya redah aje kalau dah decide tu.

Ok.. secara ringkasnya Pro & Cons setiap musim dari pandangan mata aku

1.  Musim bunga (spring)
Pro
/  Tak terlalu sejuk & tak terlalu panas. 
/  Bunga tengah kembang
/  Scenery sangat cantik
/  Kalau di tengah2 spring, siang dan malam sama panjang so tak banyak beza dengan Malaysia
/  Antara musim yang jadi favourite orang sebab scenery cantik dan bunga

Cons
/  Tak terlalu sejuk tu kadang-kadang boleh bertukar jadi bersalji terutama di awal spring
/  Bayangkan kalau kita tak bawa baju winter kalau tiba-tiba ada salji.
/  Kadang-kadang boleh jadi windy.  So nasihat aku at least bawak sweater yang nipis tapi wind proof
/  Seeloknya sediakan rain coat dalam backpack


2.  Musim panas (summer)
Pro
/  Cuaca yang sangat selesa.  Antara yang paling stabil dalam 4 musim.
/  Masa ni lah kalu nak merasa naik beskal kat negara orang atau golek-golek atas rumput
/  Tak payah nak spend duit beli baju winter atau sweater tebal yang sememang cekik darah harga 
/  Masih ada bunga kembang
/  Scenery masih sangat cantik
/  Siang yang sangat panjang so boleh berjalan lama-lama
/  Senang nak ejas waktu solat kat hotel.
/  Senang nak adapt dgn cuaca. 
/  Antara musim yang jadi favourite orang sebab scenery, bunga dan cuaca yang sangat selesa
/  Rain coat mungkin tak payah langsung

Cons
/  Selalu terbabas isyak & subuh sebab odd hour.
/  Walaupun siang panjang tapi kedai tetap tutup pukul 5 di sesetengah negara
/  Ada orang akan ada masalah susah nak tidur kalau ke negara tertentu sebab kejap aje gelapnya
/  Kalau terkena bulan puasa masak lah jawabnya 
/  Ada tempat walaupun di Europe lebih panas dari Malaysia masa summer. Aku personally belum terkena tapi ada beberapa kawan aku pernah terkena.

 
3.  Musim luruh (autumn)
Pro
/  Cuaca yang masih selesa di awal dan pertengahan musim. 
/  Sangat cantik sebab daun bewarna-warni
/  Masih boleh naik beskal tapi ada masanya kena naik beskal sambil pakai rain coat
/  Ada hari masih boleh golek-golek atas rumput sambil melambung2 daun kering yang berwarna warni
/  Masih ada bunga kembang
/  Scenery masih sangat cantik
/  Masih musim yang jadi favourite orang sebab warna daun pokok dan scenery yang cantik

Cons
/  Agak sejuk
/  Kekerapan hujan agak banyak
/  Lecak & lembab bila hujan, so tak boleh nak golek2 atas rumput di hari hujan
/  Kena consider bawak baju tebal dan sweater wind proof. 
/  Siang agak pendek, maybe dalam 8-10 jam siang (bergantung pada negara). 
/  To expect banyak hari yang mendung dan pengguna kamera otomatik maybe akan struggle sikit
/  Seeloknya sediakan rain coat dalam backpack
/  Kena standy extra baju, extra jeans, extra kasut & extra stokin.  Sekali basah memang tak selesa 



4.  Musim sejuk (winter)
Pro
/  Sangat cantik sebab semua putih
/  Perasaan boleh golek-golek atas snow memang tak terkata best
/  Boleh belajar aktiviti winter
/  Masih ramai orang suka winter sebab dia sangat istemewa
/  Sesuai untuk ganti puasa masa winter sebab siang pendek.. haha, aku pernah buat :)

Cons
/  Cuaca semakin sejuk.  kata seorang kawan, kalau suhu tinggi dari zero degree show tak akan ada snow. Begitu juga kalau dah melepasi 10 degree. 
/  Bila sejuk tapi tak ada snow perasaan sengsara akan bertambah-tambah berbanding kalau ada snow. 
/  Bila lokasi kawasan yang kita pergi tu jauh ke dalam tanah besar dia akan lebih sejuk berbanding kawasan dekat dengan pantai
/  Sangat lecak dan licin bila hujan selepas snow.  Kemungkinan untuk tersembam memang sangat tinggi.
/  Wajib shopping baju winter dan at least 1 long john.  Kos baju winter boleh menyamai harga tiket air asia.
/  Kena pakai baju banyak lapis so bagi yang ada anak kecik kena prepare mentally bergaduh dengan anak bila nak pakaikan baju winter.
/  Snow bukan hari-hari.  Kadang-kadang seminggu pun tak ada sekali.  Kena banyak berdoa ada peluang rasa.
/  Siang sangat pendek, maybe dalam 5-6 jam siang (bergantung pada negara).  Nak jalan kena pandai plan
/  To expect banyak hari yang mendung
/  Seeloknya sediakan rain coat dalam backpack

Aku harap dapat bantu korang dalam hal memilih musim bila nak pergi bercuti.  Yang penting tepuk dada tanya selera.  Feveret aku adalah autumn walaupun memang leceh. 

Wasalam


2 comments: