Wednesday, October 14, 2015

Geneva




Post-post yang satu trip Spring 2015      
Western Europe 2015- Intro       
Netherlands - Intro    
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem         
Netherlands - Part2 - Amsterdam city    
Germany-Intro       
Germany-The Journey       
Heidelberg - Part1      
Heidelberg - Part2       
Munich - Part1       
Munich - Part2     
Switzerland - Intro Part1     
Switzerland - Intro Part2    
Lucerne - Part1    
Lucerne - Part2     
Grindelwald - Intro    
Grindelwald - Kleine Sheidegg   
Grindelwald - Jongfraujoch   
Interlaken  
Spiez  
Lauterbrunnen- Part1 
Lauterbrunnen - Part-2
panoramic-train-interlaken-montreux


Sambungan dari entry sebelum ni

Kitaorang cuma berada kurang 24 jam di Geneva.  Jadi sejujurnya kitaorang tak sempat nak cover banyak mana pun.  Kalau cukup masa teringin aku lari pergi Zermatt sekejap untuk menatap Matterhorn tapi hakikatnya bukan dekat; 3 jam perjalanan train.  Insyaallah satu hari.

 Kedudukan geografi Geneva

Sekilas pandang Geneva mengingatkan aku pada Paris.  Classy dan Fasionable.  Orang-orang Geneva stylish sama macam orang Paris.  Cara batuk pun lebih kurang.  Hehe.  Kat sini orang cakap French kerana sudah dekat dengan border Perancis.  Dan yang pastinya ada puluhan kalau tak ratusan kedai jam berjenama Switzerland kat Geneva.  Toleh kiri kedai jam, toleh kanan pun kedai jam.  

Kata orang Geneva bandar mahal.  Sejujurnya aku tak dapat mengiyakan mahupun menidakkan sebab aku langsung tak shopping selain dari beberapa ketul coklat untuk bawak balik dan juga untuk bekal Baby SJ dalam keretapi.   Selain dari harga hotel budget yang macam bedil dan juga harga locker di train station yang macam harga sewa locker emas, aku tak ada pengalaman lain yang boleh buat aku terangkat kening.   Jadi rasanya tak fairlah untuk aku bagi judgement aku walaupun kiri kanan jalan semua kedai barang berjenama.  Harga makanan kat sini bagi aku affordable dan tak ada beza dengan bandar-bandar lain di Switzerland.

Yang bagusnya kitaorang dapat voucher untuk naik public transport secara percuma dari hotel.  Voucher ni di edarkan oleh tourism Switzerland melalui hotel dan rasa aku semua visitors layak untuk dapat voucher ni.  Yang aku tak pasti durasi yang kita boleh naik secara percuma sebab aku cuma stay 1 malam.  


Geneva Map


Cuba korang cari bangunan kedai yang tak berjenama kat atas.  Tak ada kan.  
 Aku ni yang memang buta hal-hal shopping pun boleh cam. Mana yang
 susah nak sebut itulah kedai berjenama.


Rujuk entry SINI untuk general Switzerland. 

Petang pertama kitaorang sampai, kitaorang meredah je menapak ikut map dan ikut sedap kaki.  Dapatlah tengok iconic Geneva walaupun tak banyak.  Bangunan-bangunan kat sini pattern sama sana sini dan bahagian bumbung setiap bangunan mesti ada signboard barang berjenama.  Ada je signboard Rolex di mana-mana.  Kadang-kadang ada bangunan buruk yang ada terpampang Rolex.  Swiss sangat bangga dengan product diaorang.  


Menyusuri Pont Du Mont-Blanc Rd. 

Jet D'Eau
Jardin Arglais
 
Place du fusterie



Hari kedua dan terakhir di Geneva, kitaorang merayau sekitar hotel dan 2 jam terakhir di habiskan dengan shopping coklat di pasaraya Manor yang bersebelahan dengan hotel kitaorang duduk.  

Temple De Saint-Gervais 


 Batiment des forces Motrices


Rue des Corps-Saints


Food section di Pasaraya Manor.  Aku rambang mata tengok cheese

Selepas lunch, kitaorang bergerak ke Train station Gare Cornavin untuk naik train ke Paris pada pukul 2.30 petang.  Kitaorang ada masa yang ample tapi aku tak mahu ambik risiko sebarang masalah sementelah lagi kitaorang akan seberang border.  Nasib baik lancar tapi di station ada section untuk kastam buat spot check.  Kebetulan masa kitaorang masuk gate kastam tak ada so aku tak tahu betapa strictnya kastam kat sini.  Bayangkan kalau masa ngam-ngam , kena pulak tahan dengan kastam.  Mesti naya.

  Platform untuk train Geneva-Paris



The dark side of Geneva?  Dari platfrom.


Beg kitaorang.  Bayangkan backpack hitam itulah yang aku galas sambil berlari 
naik turun tangga berkejaran beli tiket Golden Pass di Interlaken. 


Keretapi datang dan bertolak tepat pada masanya.  Agak cemas sikit naik train Geneva-Paris sebab ada allocated seat, so kena make sure naik koc yang betul dari awal.  Seat kitaorang seat meja untuk 4 orang dan kebetulannya aku dan Baby SJ terpisah dengan CK. Aku cemas takut Baby SJ bising dan partner meja akan marah so aku try mintak tukar suka sama suka.  Berjaya.  Dan nasib baik juga Baby SJ tidur tak lama selepas train bergerak.

Apa perasaan aku meninggalkan Geneva dan Switzerland?  Sejujurnya aku rasa sedih sebab aku jatuh hati dengan Switzerland.  Sedih memikirkan akan adakah peluang lagi aku ke sini.  Experience yang aku dapat sepanjang di Switzerland cukup mahal dan cukup indah.  Kitaorang juga di rahmati dengan cuaca yang sangat baik dan hospitality yang sangat awesome. Bagi yang bercita-cita nak menerokai Europe di satu hari, Switzerland sangat awesome.

Lambaian selamat tinggal

No comments:

Post a Comment